Latar belakang Yodel

Kebanyakan pakar sejarah sepakat bahawa teknik ini digunakan di kawasan Alp Tengah sebagai suatu bentuk komunikasi antara kampung di kawasan bergunung-gunung itu mahupun serta untuk penggembala kambing dan lembu memanggil ternakan gembalaan mereka; kaedah ini lama-kelamaan menadi suatu ekspresi artistik masyarakat dalam kawasan tersebut. Catatan terawal mengenai nyanyian ini ialah pada tahun 1545, di mana ia digambarkan sebagai "panggilan sebuah penggembala lembu dari Appenzell".[2][3]

Penyanyian yodel ini masih menjadi sebahagian musik rakyat (Volksmusik) di Switzerland, Austria dan selatan Jerman (termasuk juga imigran Amish Switzerland di Amerika Syarikat) yang terus mengekalkan tradisi tersebut sehingga kini.[4] Tradisi ini turut diperkenalkan di Amerika Syarikat melalui golongan imigran Jerman yang berhijrah ke negara tersebut, terutamanya di negeri Pennsylvania, pada tahun 1800-an; amalan nyanyian tersebut turut dipengaruhi kaedah nyanyian yang dibawa oleh masyarakat Scots-Ireland, imigran dari Skandinavia (melalui kölning) serta hamba-hamba abdi kulit hitam dari benua Afrika.